Satu program santai julung kalinya diadakan kerjasama dari MELATINA , Amanda Putri Gardens dan didatangkan khas dari SemProt iaitu Pn.Norwahida . Pada mulanya seramai 30 orang peserta yang mendaftar, atas keterujuan dan sokongan daripeminat tin sekitar negeri melaka& selangor , maka lebih dari kapasiti yang ditetapkan . Woha ! satu pencapaian terbaik MELATINA untuk program PERTAMA . Alhamdulillah . Di bawah sebahagian gambar sempat di"candid" sekitar aktiviti seharian Mini FiggerFest tersebut .
Penerangan Pn.Norwahida mengenai tanah subur , apa itu EM , cara merawat tanah berpenyakit juga produk SempProt yang berjaya membangkitkan semangat dalam bidang pertanian .
Tn.Dol Malek menunjukkan jenis keratan yang terbaik utk disemai juga menggunakan media khas .
Marila kita toreh kan pokok ni agar toreh jadi duit , hahaha . Terbaik tn.dol malek .
tekun mendengar penerangan , semoga ilmu yang didapati dapat digunakan sebaiknya .
Tn . Pengerusi MELATINA tengah serap segala penerangan yang diberikan dihadapan , dalam fikiran
"NEXT PROGRAM APA NAK BUAT AGAKNYA ?"
peserta beborak , " aku tut 3 minggu tak berakar lagi ni dehh , yo yo jo si dol ni ajar 2 minggu dah keluar akar "
Ini geng BERASAP ! dari kiri Ridwoon , Burhan , Khairul dan Farid .
Penegerusi MELATINA , Naib Pengerusi MELATINA " Jamal , aku nak next program kat NORASHFARM macam ni ramai gak tau , jangan kurang lebih x per ! "
dari jauh datang , menjadi salah seorang ahli melatina , terima kasih sahabat .
kita WELFIE sat la , dr awal pagi dah tercongok kat RCB . En.Hairil Tan , Cik Aisyah Najiha juga Pn.Maizah Jalil
Pokok mangsa untuk demo tut , " buah tu sayangnya lahaii " x apo , jap lagi untung orang nak memboli pokok lopeh da ganti 7 biji tu punya harga buah . kekeke "

Sedikit cenderahati dari MELATINA untuk Amanda Putri Garden menjadi tuan rumah kali ini. Terima kasih daun keladi ,esok-esok terima la kami lagi .
sebahagian peserta yang hadir , ada juga yang dah pulang awal selepas zohor atas kekangan masa juga mempunyai urusan disebelah petang .
Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
salam dihulur dari setaman
Menjadi kenangan sepanjang zaman
Menjadi kenangan sepanjang zaman
Pohon selasih di dalam kolam
Anak haruan berenang-renang
Terima kasih kami ucapkan
Budi tuan menjadi kenangan
Bersarang lebah dipohon palas
burung kelicap di pohon selasih
Pengetahuan bertambah penerangan jelas
MELATINA mengucapkan terima kasih.
Anak haruan berenang-renang
Terima kasih kami ucapkan
Budi tuan menjadi kenangan
Bersarang lebah dipohon palas
burung kelicap di pohon selasih
Pengetahuan bertambah penerangan jelas
MELATINA mengucapkan terima kasih.
Buah selasih buah kelubi
Di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Terbang selisih siburung kedidi
Terbang berduyun di waktu pagi
Terima kasih daun keladi
Di lain masa berjumpa lagi
Di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang datanglah lagi
Terbang selisih siburung kedidi
Terbang berduyun di waktu pagi
Terima kasih daun keladi
Di lain masa berjumpa lagi


















Post a Comment